Kad Veteran ATM

  1. Kad Veteran (KV). Kad ini dikeluarkan kepada semua anggota tentera yang telah menamatkan perkhidmatan dalam ATM termasuk juga anggota yang dikerah sepenuh masa bagi Angkatan Sukarela, Pasukan Force 136, Sarawak Ranger dan juga warganegara yang pernah berkhidmat dengan tentera British; kecuali kepada mereka yang diberhentikan atas kes tatatertib dan Mahkamah Tentera. KBT dikeluarkan oleh JRP mulai tahun 2002 dan KV pula dikeluarkan oleh JHEV mulai 1 Apr 2016. Anggota yang layak mendapat kad ini disahkan sebagai Veteran ATM. Selain veteran mendapat kemudahan/keistimewaan dalam program 1MVRP, kad ini juga menunjukkan kelayakan kelas wad mengikut pangkat semasa veteran mendapat rawatan di hospital tentera atau hospital kerajaan. Kelayakan wad adalah seperti berikut:



    Bil Pangkat Kelayakan Wad Catatan
    1. Mej ke Jen 1A Bilik Seorang
    2. Lt M ke Kapt SSjn ke PW1 1B Bilik Berdua
    3. Kpl & Sjn 1C Bilik Bertiga
    4. Pbt & LKpl 2 -


  2. Sebagai pemegang kad, pesara dan orang tanggungan yang layak boleh mendapat kemudahan rawatan di Hospital/Klinik Kerajaan maupun Hospital Tentera secara percuma. Permohonan KV di JHEV boleh dibuat di semua cawangan negeri dengan mengemukakan;

    o Borang Pendaftaran Veteran ATM
    o Salinan Kad Pengenalan veteran dan isteri
    o Salinan Buku Pengakuan Perkhidmatan (BAT D 92/ BAT D 86) atau salinan Sijil Berhenti.
    o 1 keping gambar pesara sahaja (catatkan no tentera di belakang gambar.
    o Salinan Sijil Nikah/Sijil Kahwin.



    Konsesi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

    Bekas pegawai dan anggota ATM layak diberi tambang konsesi KTM iaitu Tren Mel Biasa, Tren Mel Ekspres Senandung Malam sebanyak 25% (dengan menunjukkan KBT) dan bagi warga emas yang berumur 60 tahun ke atas pula mereka layak mendapat potongan sebanyak 50% daripada tambang perjalanan.
 

 


 



Hakcipta 2019 © Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM | Tarikh Kemaskini Terkini: 23-Oct-2019
Jumlah Pengunjung: Sep-2019: 1412 | Oct-2019: 2024
Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768